Basuh Tangan..

Cross contamination

Tangan tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam memudahkan aktiviti kita seharian. Kegunaan tangan tidak terhad kepada menulis, memegang, mencubit, menyuapkan nasi ke mulut malah kat toilet amat penting sekali untuk.bla..bla..faham-faham jelah..

Sungguhpun begitu ramai yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan tangan. Mungkin ada yang tidak tahu terdapat pelbagai jenis mikrob yang terdapat pada tapak tangan kita. Mikrob ini datang daripada tempat-tempat yang kita pegang ataupun pada bekas-bekas yang bersentuhan secara terus pada tangan kita.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah potensi mikrob-mikrob ini mencemarkan bahan-bahan yang bersih terutama makanan untuk dimakan. Mikrob ini boleh berpindah daripada tangan kita pada makanan melalui aktiviti memegang. Ini dinamakan pencemaran silang. Pencemaran silang ini sering kali dilupakan oleh kebanyakkan orang sedangkan inilah punya kenapa sesetengah bahan mentah ataupun makanan tidak tahan lama, berkulat, berbau busuk, berlendir dan bertoksid.

Secara purata..jumlah mikrob yang tercemar pada makanan akan berganda setiap 20 minit. Bayangkan makanan yang dicermari bakteria yang mengeluarkan toksin dibiarkan terdedah kepada persekitaran normal selama beberapa jam. Semakin lama sesuatu makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara akan menyebabkan potensi tercemar semakin tinggi.

Makanan yang tercemar boleh dikesan dengan menggunakan deria rasa, penglihatan dan bau. Ini semua boleh dielakkan apabila kita mengamalkan amalan membasuh makan setiap kali ingin makan, selepas memegang benda yang terdedah secara terus pada persekitaran yang kotor, selepas bersin, setiap kali selepas ke tandas dan pelbagai lagi.

Secara umumnya terdapat 7 langkah pembersihan tangan yang berkesan  dalam mengurangkan risiko pencemaran daripada tangan kita. 7 langkah ini diguna pakai serata dunia kerana terbukti berkesan dan mudah diamalkan.

Sila teliti 7 langkah-langkah membasuh tangan dibawah dan anda boleh terus amalkan dimana sahaja anda berada.

Simple..Amalkan Sokmo Deh..

About these ads

Posted on 04/17/2010, in HACCP. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: