Gudang Penyimpanan

Contoh jer.Gudang atupun tempat penyimpanan dalam sesuatu kilang makanan amatlah penting mempunyai sistem penyimpanan dan pengeluaran yang teratur selain kemas dan bersih.

Dalam skop sistem keselamatan makanan (Haccp) gudang adalah elemen yang dititikberatkan kerana disitulah tempat penyimpanan bahan-bahan mentah selain bahan pembungkusan. Oleh sebab itu, pengurusan gudang perlu cekap dalam memantau setiap aliran keluar masuk barang. Bayangkan tempat penyimpanan yang kelam kabut pastinya merumitkan dan memakan masa untuk mencari sesuatu bahan yang dikehendaki. Paling ditakuti ialah gudang penyimpanan menjadi syurga kepada lipas, lalat dan tikus.

Umumnya sesebuah gudang penyimpanan perlu memiliki beberapa criteria untuk menyokong sistem keselamatan makanan yang diwujudkan. Tanpa kriteria-kriteria ini, sesebuah gudang ataupun gudang penyimpanan tidak jauh beza dengan gudang yang ditinggalkan, rumah usang, tempat pelupusan sampah malah kelihatan seperti tongkang pecah. Ini akan menjejaskan sistem Haccp itu sendiri tanpa kita sedarinya.

Pengurusan gudang yang baik perlu dilihat daripada beberapa aspek penting yang akan saya jelaskan dibawah.

Pertama : Human resources (storekeeper)

Orang yang menguruskan gudang perlu faham bahawa gudang yang dijaga bukan sekadar tempat menyimpan barang malah lebih daripada itu. Mereka harus tahu segala aktiviti yang melibatkan gudang dibawah pengetahuan mereka.

Kedua: FIFO atau LIFO sistem

Sistem (first in first out) danĀ  (last in, first out) penting untuk mengelakkan stok dalam simpanan tidakĀ  tamat tempoh sebelum digunakan. Ini dapat mengelakkan kerugian yang besar kepada pengeluar sesuatu produk.

Ketiga: Perlabelan yang jelas.

Perlabelan yang jelas pada produk dan rak penyimpanan amat penting untuk mudahkan storekeeper mencari sesuatu produk yang dikehendaki. Ianya dapat menjimatkan masa selain mengurangkan risiko mengambil produk yang salah.

Keempat: Kebersihan dan Sanitasi.

Tempat penyimpanan produk bukan tempat yang tidak penting kerana disitulah terkumpulnya segala macam produk yang dihasilkan. Kebersihan perlud itingkatkan dari masa ke semasa untuk mengelakkan kehadiran serangga perosak seperti tikus, lalat dan lipas.

Kelima: Kawalan serangga perosak.

Kawalan serangga perosak amat penting sebagai memenuhi kriteria yang diperluakan dalam perlaksanaan sistem keselamatan makanan. Kebiasaan kawalan serangga ini dilakukan oleh pihak luar yang akan datang membuat pemantauan serangga perosak ini secara berkala. Jenis-jenis alat dan bahan kimia yang digunakan bergantung kepada jenis binatang perosak yang ada yang akan saya ulas di lain post.

Secara umumnya kawasan gudang penyimpanan perlu dititikberatkan dalam usaha menyokong sistem keselamatan makanan yang dilaksanakan. Gudang bukan tempat penyimpanan semata-mata tetapi lebih kepada sebuah sistem yang tersusun dan efektif yang berfungsi dengan gabungan beberapa elemen penting yang disebutkan diatas.

About these ads

Posted on 04/25/2010, in HACCP. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: